Suara Sepanjang Jalan

Bukan Imam, Bukan Makmum

Posted in Kampus, Mahasiswa by Nur Hakim on September 9, 2009

Dalam soal kepimpinan mereka hebat, tapi mereka bukan imam yang mengetuai solat berjemaah. Dalam aspek gerak kerja, mereka juga hebat, namun mereka bukanlah makmum yang faham akan tanggungjawab sebenar sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Mengapa begitu hebat melontarkan kritikan,tuduhan malahan fitnah kepada mereka yang berjuang mengangkat kalimah suci ini, andai  tiada sumbangan apa-apa untuk perjuangan agama, mengapa pula perlu menghalangnya?  Itulah yang dapat dipelajari di dunia ini, agar berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan kesesatan manusia.

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu”

Selamat Tinggal Ketaksuban

Posted in Mahasiswa by Nur Hakim on Ogos 15, 2009

Jam 3.00 am.

Rigidisme: itulah penyakit yang melanda ahli yang dapat ku lihat pada masa kini.

Pendekakalisme: Kerana tidak berfikir panjang untuk mengekalkan dan memperluaskan pengaruh.

Egoisme: Mungkin merasakan sudah lama dalam perjuangan dan banyak pengalaman.

Sebab itu adanya tindakan yang mengejutkan di luar persetujuan bersama.

Dalam erti kata pada hari ini kita bersetuju untuk berjuang atas landasan demokrasi ini. Perlu untuk difahami, untuk menjadikan muka bumi hijau ini sebagai syurga ibarat Taman Madinah di masa lampau adalah mustahil, selagi mana setiap terjemahan tindakan itu berbeda dengan metodologi dakwah yang sebenarnya.

Metodologi apa?

Hari ini kita ingin mencegah kemungkaran. Tapi persoalannya, apakah soal tarbiah dan pembinaan itu sudah benar-benar kita jalankan.

Kita cukup hubris mengatakan kita layak untuk berbuat demikian, dan bertindak berani.

Demonstrasi, memorendum, sidang media, dan macam-macam lagi perkara yang dilakukan. Kononnya kita perlu melawan arus budaya yang sedia ada.

Saya rasakan ini adalah tindakan menyeksa diri sendiri, sedangkan ada jalan yang lebih mudah, yang dipenuhi dengan ketenangan, pemahaman, dan penghayatan.

Jangan beri alasan, bahawa perjuangan itu mesti melalui peristiwa yang berat dan pahit. Benar, tidak dinafikan, tapi janganlah memahitkannya lagi dan memburukkan keadaan yang sepatutnya mudah.

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w memakan masa bertahun-tahun dalam soal pembinaan di kota Mekah, sehinggalah berpindah ke Madinah barulah jelas dan nampak berlakunya tindakan baginda untuk mencegah kemungkaran yang berlaku. Itupun sejak tertubuhnya kerajaan Madinah dan mendapat kuasa dan mandat daripada rakyat untuk memegang tampuk pemerintahan.

Bedasarkan penelitian ini, rupa-rupanya beberapa strategi meluaskan pengaruh Islam dapat dilihat iaitu dengan mengurangkan tindakan kontra dengan masyarakat pada peringkat awal sebaliknya memberikan pemahaman dengan jelas dan mendapat kepercayaan terlebih dahulu.

Dan apabila sudah mendapat kuasa dan kepercayaan serta pemhaman rakyat, kita lakukan pencegahan.

Itulah cara untuk mengekalkan kuasa agar lebih berpanjangan.

Saya yakin dan percaya, sekiranya beginilah tindakan MPP ataupun PMI dengan melakukan bantahan, demonstrasi dan apa-apa sahaja yang mencemarkan nama baik persatuan ataupun pertubuhan. Kita tidak akan ke mana.  Melainkan perjuangan ini akan dilabel sebagai perjuangan untuk menghura-harakan keadaan dan perjuangan kegilaan politik semata-mata.

Oleh kerana itu, ucapkanlah selamat tinggal kepada ketaksuban. Bebaskan jiwa dari doktrin yang sudah menjadi biasa dan perjuangan murahan yang ketinggalan zaman.

Ini era Perang Pemikiran bukan memfizikalkan perang dengan membawa tubuh badan menyiksa diri sehingga di jalanan dan dipenjarakan!

Biar Saja…

Posted in Diari, Kampus, Mahasiswa by Nur Hakim on Julai 24, 2009
Andai boleh bicara..
Boleh saja mulut berkata…
Andai ada masa bicara
Boleh saja…
Tapi itulah manusia..
Hina dan tiada harga..
Orang kata iman dan taqwa..
Itulah hamba..
Boleh saja..
Tiada masalah..
 Namun…
Mengapa?
Bagai tiada upaya..
Untuk menggapai hamba Pencipta Tunduk dan setia..
Teringin untuk rasa bahagia..
Ya Tuhan…
Mengapa aku begini..
Bagai sudah tiada upaya..
Untuk kaki ini melangkah..
Kanan dan kiri..
Bagai tiada apa….
Biarlah….
Biar saja..
Tundukkan kepala, Teruskan langkah…
Biarlah..
Tabah…
saja..
Kamu kan hamba….
Biasalah begitu…
Oh… Sebaknya …
Bila jiwa rindu menjadi hamba….
Ditag oleh:, , ,

Kristianisasi: Tatkala Kita Leka

Posted in Islam, Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Putra Malaysia by Nur Hakim on Julai 15, 2009
Tatkala kita leka, dibuai mimpi indah,
Kita merasa cukup selesa..
Nyanyian, hiburan, budaya…
Kita hidup penuh bahagia dan gembira..

 

Tapi kita lupa..
Bila manusia mencari Pencipta
Hati tertanya-tanya..
Siapakah Tuhan Kita?
Kemudian datanglah mereka,
Barulah kita kata ini salah mereka….?
Sedangkan kita???

 

Mana sumbangan pada agama?
Kononnya sibuk menuntut ilmu,
Agar adalah kerja dan harta di hari sana..
Itulah kita..
Suka sangat membela apa yang salah…
Apalah harga manusia..
kiranya tiada nilai perjuangan dakwah..
Kita ini cukup hina sebenarnya

Antara Baja NPKMg Dan Hormon Estrogen???

Posted in Diari, Kampus, Kolej Canselor, Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia by Nur Hakim on Julai 13, 2009

Baru balik dari kuliah hortikultur. Kursus ini diajar oleh Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab, Pengetua Kolej Kediamanku sendiri.

Hari ini adalah kuliah yang kedua aku dalam kursus ini. Mahu tau apa cerita? Hahaha… Memang benar-benar aku tidak menyangka, soalan kuiz di penghujung kelas jauh menyimpang dari apa yang aku sangkakan. Padaku, mungkin soalan akan berhubungkait dengan kuliah pada hari ini, ataupun kuliah minggu lepas. Maka semasa kuliah tadi, sebanyak tumpuan cuba aku berikan, dan cuba memahami sebaik mungkin, agar kononnya mudahlah untuk aku menjawab soalan kuiz nanti.

Setibanya masa kuiz berlangsung, Doktor pun mengarahkan semua pelajar mengeluarkan sekeping kertas dan hanya menulis no matrik di atasnya sambil mengeluarkan soalan berikut. “Berikan saya empat jenis hormon dalam pertumbuhan tanaman”

Bling, Aku benar-benar lupa dan tidak tahu! Sejauh mata memandang dari apa yang aku sangkakan. Jawab apa ye..? Maka aku pun teringatlah beberapa komponen baja asas dalam tumbesaran tanaman. Jawab sahajalah, yang penting aku hantar dan tidak meniru.

Tatkala kertas dihantar, Doktor membuka dan membaca kepada umum  beberapa jawapan yang diberikan oleh semua pelajar. Meriah.. dan sangat meriah… aku merasakan jawapan akulah antara yang memeriahkan majlis. Merah padam dibuatnya. Tidak ku sangka rupanya ada juga rakan di sebelah dan di depanku menjawab soalan  dengan jawapan yang sama denganku. Kebetulan, kerana aku yakin, dia seorang yang memegang kepada prinsip kejujuran. Maka kami berdua pun terketawa dan menutup muka  apabila digelakkan oleh teman-teman sekuliah. Merah padam dibuatnya, yang meniru pun gelakkan aku juga.. hehehe.. macamlah aku tak tahu. kwang… kwang.. kwang..

“X Diploma bolehlah jawab, ye tak…. “

Alasan-alasan dalam minda untuk meneutralkan perasaan hadir memujuk diriku…

“Takpa man, yang penting kita tak meniru dan mencuba“ 

Itu motivasi Rahim padaku, senasib denganku pada hari ini. Padanlah muka aku dan kau Rahim. Hahaha….. Bagus-bagus, satu peningkatan yang cukup baik, kita kena optimis dalam menuntut ilmu, bagiku kesilapan itu adalah normal.

Walaupun ada jawapan daripada pelajar wanita, yang memberikan jawapan antaranya ialah HORMON ESTROGEN! haa…….????? Jangan gelak, kita perlu optimis pada kesilapan bukan?