Suara Sepanjang Jalan

Membina Otak Gila

Posted in Em... by Nur Hakim on April 24, 2009

Untuk membina otak yang gila, perlukah berfikir dengan cara orang gila? Oh, orang gila pun ada kebijaksanaan yang manusia normal tidak pernah terfikir. Kerana apa? Sebabnya kalau manusia itu berfikir seperti orang gila. Dia akan jadi orang gila, jadi manusia yang tidak pernah jadi gila, tidak ada kebijaksanaan seperti orang gila…. hahaha.. generalisasi mudah gitu…

Benarkah para inventor berfikir dengan gila-gila untuk mencipta sesuatu benda yang gila?

Apakah cara yang mereka gunakan untuk berfikir?

Dan apakah setiap hari  yang mereka fikirkan?

Bagaimanakah dunia minda mereka sebenarnya?

Imiginasi yang bagaimanakah mereka ciptakan?

 

 

Berkata Biar Ada

Posted in Diari, Em..., Mahasiswa, Senyum, Sinis, Universiti Putra Malaysia by Nur Hakim on April 24, 2009

Ramai manusia boleh menyulam bahasa, menyusun seindah-indahnya kata-kata. Ada kalanya dia kelihatan hebat dan, adakalanya dia kelihatan bijak. Namun, itu hanyalah kata-kata semata-mata. Berkata biar dakwah, berdakwah biar ada. Kerana bila kata-kata itu tidak ada….  kamu akan tahu mengapa dan kenapa? Dunia ini begitu ramai manusia yang berbahasa, namun bahasa sekadar susunan kata semata-mata….

Hehehe.. aku paling tidak suka mesyuarat @ Brainstorming, yang hanya sekadar mendengar komen dan pandangan dengan menyuarakan kata-kata semata-mata. Aku mahu yang nyata, boleh dilihat dengan mata… jangan hanya hebat menyulam bahasa, aku benar-benar tidak suka….padan muka…hahaha…

Maid Kejam: Kesian Sangat

Posted in Em..., Isu Semasa, Video by Nur Hakim on April 23, 2009

Bila manusia hilang rasa sayang dan cinta kasih. Beginilah jadinya. blueishpinky memasukkan video ini di youtube pada 11 April 2009.  Seorang pembantu rumah dengan kejam boleh memijak, menerajang, menendang seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Bila tengok budak tu terpelanting macam bola, rasa macam ???? Ar… tak mampu nak kata apa..