Pertama sekali marilah kita sama-sama menggelakkan Roslan Mokhtar yang akhirnya ditelanjangkan oleh mahasiswa dan usaha para “rakyat prihatin” akibat tindakan liar yang cukup memalukan itu… huwa huwa huwa huwa….
Bukan ingin memperlecehkan fungsi dan tanggungjawab polis dalam menjaga keamanan dan mencegah jenayah dalam Negara, namun adalah amat mengecewakan sekali apabila rakyat yang memberikan kepercayaan kepada polis, melihat aksi polis sendiri menipu secara mentah-mentah di hadapan media, menunjukkan sikap keprihatinannya itu dengan membelasah rakyat sesuka hati, dan……… peristiwa itu berlaku di luar pondok polis bukit aman, di hadapan polis-polis lain! Polis Bersih, Cekap & Amanah.
Melihat mahasiswa Aspirasi berdemonstrasi menuntut Dato’ Saifudin Abdullah meletak jawatan. Apakah paras akal yang hanya boleh berfikir pada kadar “tiang bendera semata-mata?” Mahasiswa mahu Kebebasan Akademik, tapi mereka banyak cerita pasal bendera, bendera, bendera, dan bendera… apakah kejadahnya dengan bendera Najib? Kalau dulu mereka kata demonstrasi itu haram,membuang masa, tidak ada masa depan, AUKU perlu dipertahankan, hari ini semua jelas dan nampak depan mata, mereka langgar AUKU, dan universiti-univerisiti yang membenarkan perkara itu berlaku juga sudah melanggar AUKU!
Tindakan UPSI yang mendakwa Adam Adli merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam kerana menurunkan bendera Najib. Pada saya, tindakan UPSI ini lebih memalukan… Bagaimana sebuah universiti boleh buat tindakan yang tidak masuk akal? Begitulah apabila university dipegang oleh mereka yang tidak selayaknya…
Setuju dengan pandangan ini, seteruk-teruk pemimpin UMNO adalah Dato’ Saifudin, namun dialah yang terbaik di kalangan pemimpin UMNO, boleh berfikir secara rasional, mengutarakan pendapat yang boleh diterima akal. Silap besar Mahasiswa ASPIRASI, andai mahu membuang orang begini, menjadi resam kemunduran UMNO,sifat pengampu sanggup melakukan apa saja. ASPIRASI dilahirkan untuk menjadi pengampu… mereka mahasiswa pengampu!
Perkara mudah, apabila disebut “undang-undang” maka ia perlu diletakkan pada tempat yang tinggi dan dihormati, namun apabila melihat AUKU sudah dipersampahkan oleh kedua-dua belah pihak begini, apakah gunanya lagi? Apakah ia hanya akan berfungsi untuk mengenakan mahasiswa apabila menganggu keselesaan para koruptor, dan penyalah guna kuasa? Tidak mudah menutup mulut mahasiswa hanya dengan undang-undang, di akhir zaman ini adalah soal orang mencari kebenaran, memuja AUKU adalah satu kejahilan! Memuja kejahilan adalah satu kesesatan, meminta Dato Saifudin meletak jawatan adalah menentang kebenaran, menentang kebenaran hanya dilakukan orang-orang yang tidak nampak jalan kebenaran.
Maka kita perlu sedar bahawa
- Roslan Mokhtar perlu diambil tindakan tegas, Polis Bersih, Cepat & Amanah!
- Kalau Adam Adli yang diambil tindakan, maka university akan mengamalkan falsafah “Zalim, di atas zalim.” AUKU itu zalim, menyalahgunakan AUKU itu lebih zalim dari AUKU yang zalim. [ ASPIRASI dan Pro Mahasiswa yang lain juga melanggar AUKU dengan melakukan demonstrasi]
- Tiada sebab Dato’ Saifuddin Abdullah perlu letak jawatan, melainkan pengampu yang mereka-reka dakwaan yang tidak munasabah.
- Tidak perlu melayan dakwaan mahasiswa dipengaruhi pembangkang, itu resam nasib orang yang mengkritik parti UMNO sejak dulu lagi. Pakatan Rakyat pun begitu… Malaysia belum sampai pada tahap “politik matang”
- Setelah berkurun lama, perjuangan abang, kakak, legasi demi legasi mahasiswa. Hari ini mahasiswa sudah menjadi empayar ketiga yang digeruni! Tahniah! Tahniah! Tahniah!
- Bila Mahasiswa berpolitik, mahasiswa mesti menjadi matang! Bila Mahasiswa tidak berpolitik, mahasiswa mesti menjadi sangat bijak! Kalau dua-dua pun tak jadi, anda gagal memikul amanah dengan baik, anda banyak membuang masa! Lebih baik berhenti dan cari kerja, jangan tambah hutang! Haha…
Sebenarnya saya amat tertarik pada personaliti, dan karakter Adam Adli… pada saya dia matang, bijak dan berani! Semua mahasiswa mesti menyokong rakan kita ini, walaupun anda tidak kenal, siswa jangan hanya kata dia berani, dan siswi jangan hanya puji dia hensem! Ayuh bergeraklah kita…. We are all Adam Adli!


We Are Adam Adli!!! TErBAik!!