Revolusi Berperingkat
Ramai yang menginginkan kejayaan itu cepat berlaku di hadapan mata. Revolusi Islam yang sentiasa menjadi bayangan di ruangan minda dan perasaan, sehinggakan menjadikan seseorang itu memerah segala kemampuannya untuk mencapai cita-cita suci ini. Islam mengatasi segala budaya, cara hidup, sistem , teori dan falsafah lain, itulah impian para pejuang-pejuang agama yang bermati-matian bersengkang mata, siang dan malam. Hanya cara hidup Islam yang berkeadan normal atau tabi’i, dan inilah agama Islam. Semua kehidupan di luar Islam ialah penentangan kepada sifat kehidupan yang normal itu sendiri.
Kita ingin mengubah suasana, itu yang kita inginkan. Namun, adakalanya ramai di antara kita yang mudah berputus asa dan terduduk kaku diam begitu saja, membiarkan minda mati tidak berfikir mencari jalan keluar. Seolah-olah kita dikepung kiri dan kanan, depan dan belakang, tidak ada lagi jalan keluar untuk membebaskan diri daripada lautan kemaksiatan ini. Kalau boleh, ingin bergraduat cepat dan meninggalkan tempat ini. Kita mahu suasana yang aman, tenteram dan dihiasi kehidupan corak Islam yang sebenar-benarnya. Kita sudah terperangkap dengan suasana.
Sejarah tidak bergerak secara melompat dan melambung. Revolusi berlaku lama selepas perkembangan idea baru. Dalam Al Quran 84: 19 menyebut ” Kamu Akan Melalui Tahap Demi Tahap” . Perubahan itu berlaku secara berperingkat, tidak secara total ataupun automatik seperti mesin ciptaan manusia, kerana manusia bukannya robot yang boleh berubah secara terus. Contoh yang paling jelas, Pada tahun 1979 Afghanistan telah berhadapan dengan Tentera Merah dari Kesatuan Soviet selama 10 tahun, yang akhirnya membawa kemenangan kepada Afghanistan. Bayangkan, kekuatan tentera Soviet yang dahulunya merupakan satu angkatan tentera yang kuat dan perkasa, sehingga mampu menumpaskan kukuatan tentera Nazi, akhirnya tumpas di tangan Negara Islam. Kemenangan ini memakan masa yang panjang, menuntut kebijaksanaan dan pengorbanan yang amat tinggi. Pada masa yang sama, kemenangan Afghanistan telah membawa kemerdekaan Negara-negara di Eropah Timur dan Tengah serta negara Islam di di Asia Tengah. Kemerdekaan yang disebabkan oleh Islam hasil perjuangan mujahidin di Afghanistan.
Banyak negara Islam pada hari ini, yang memandang remeh untuk menghantar tentera mereka dalam peperangan yang berlaku di Palestin. Sedangkan mereka lupa, bahawa andai umat Islam menang di Palestin, ia adalah kemenangan dan kemerdekaan negara Islam di seluruh dunia yang setakat ini, masih lagi menjadi penyembah setia kepada barat.
leave a comment