Suara Sepanjang Jalan

Bila Manusia Ada Kemahuan

Posted in Motivasi by Nur Hakim on September 8, 2009

Arthur Schopenhauer  berkata: “ Kemahuan adalah laksana orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat”

Setakat ini saya belum lagi pernah menemui manusia yang mahu kepada kegagalan, masing-masing ada kemahuan untuk mendapatkan kejayaan. Sama ada dalam akademik, kepimpinan, kekayaan, pekerjaan, pangkat, amal soleh dan sebagainya.

Namun, satu penyakit yang melanda di dalam jiwa manusia di akhir zaman ini, ialah penyakit suka berangan-angan, tanpa adanya tindakan. Akhirnya kejayaan, dan kemahuan itu hanya berlegar di alam khayalan. Entah sampai ke mana, ke alam kayangankah? Atau ke bumi antartika, mahupun di alam-alam fantasi yang diciptakan oleh manusia.

J. Rushin ada memberitahu kepada para manusia di dunia ini “Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting. Kerana apa yang lebih penting ialah aapa yang kita lakukan”

Oleh itu jangan buang masa, laksanakan apa yang kita mahukan…

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Bushra said, on September 8, 2009 at 7:31 pm

    Khayalan tanpa tindakan?erm…ana rasa dari khayalan gak trhasilnya energy utk melakukn tindakn..cuma jgn over …

    • Nur Hakim said, on September 10, 2009 at 3:07 pm

      Erm.. tak pastilah..


Tinggalkan jawapan