Suara Sepanjang Jalan

Ini Jalanku

Posted in Diari by Nur Hakim on September 3, 2009

Beberapa hari ini,  aku berjalan di sana-sini. Bersosial bersama-sama gerombalan manusiawi, mencari makna tuntutan diri. Entahlah, ada yang sudah lama tidak diketemui, agak segan rasanya, dan kekok bila ingin memulakan bicara.

Petang tadi, aku dijemput untuk memberikan ucapan dalam Iftar Promahasiswa, sempena berbuka puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Kemudian aku ke bilik seorang rakan, berbincang mengenai masalah kecelaruan dalam mencari karekter diri yang sebenar. Lama sudah kufikirkan masalah ini, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh diri, yang sentiasa tertanya-tanya dan seolah-olah kekurangan sesuatu.

Andai kulihat dunia, maka lahirlah berbagai arah di sini dan sana. Andai kupilih semua kerana mudah, akhirnya tiada akan kutemui jalan hujungnya…

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. k.wani said, on September 5, 2009 at 7:24 am

    Untuk Kem Bina Sahsiah, kita jadi fasilitator la…bantu adik2:-)

  2. k.wani said, on September 5, 2009 at 7:30 am

    Dekat akal dengan diri untuk mengetahui masalah hati,Dekatkan hati dengan Allah untuk mencari jawapan dan penyelesaiannya…moga bertemu apa yang dicari tika tabir malam ramadan disingkap…

  3. k.wani said, on September 5, 2009 at 8:09 am

    Busana muslimin kita ubah kepada muslimin next tops model,k…esok jangan lupa turun masak…

  4. Nur Hakim said, on September 10, 2009 at 3:12 pm

    Terima kasih kak..

    Alhamdulillah, dapat akhirnya memasak dengan penuh riang dan gembira..


Tinggalkan jawapan