Assalamualaikum w.b.t, di hari yang bahagia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua pembaca. Semoga Tahun Naga Air ini akan menjadi satu Tahun Rahmat buat sekalian umat.
Maaf, kerana lama menyepikan diri dan tidak memberikan jawapan yang jelas apakah sebenarnya yang terjadi ekoran daripada tindakan saya yang agak melampau sejak kebelakangan ini, dan telah mengguris hati kecil sahabat-sahabat saya di bumi Serdang. Untuk meredahkan keadaan ini, terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan dan difahami satu persatu:
- Apakah saya yang menyekat facebook, Blog dan Email PMIUPM dan Pro Mahasiswa UPM?
- Apakah benar, saya terlibat menceroboh atau meng”hack” facebook dan email Presiden PMIUPM?
- Apakah tindakan ini berkaitan dengan serangan dan kritikan beliau terhadap kerajaan PAS di Negeri Kedah?
- Apakah benar saya ada menyebarkan “fitnah” di kalangan aktivis sehingga tergugurnya beberapa pimpinan yang dipilih oleh golongan tertentu?
- Apakah saya pemilik nombor handphone 0187778942 yang didakwah telah menghantas SMS lucah kepada saudara Hazim Mohd. Noh Presiden PMIUPM?
Demi menjelaskan perkara ini, saya memohon maaf, andai terdapat pihak yang tidak berpuas hati kerana saya mendedahkan perkara ini secara langsung di ruangan media terbuka, memandangkan saya merasakan bahawa fitnah ini agak melampau dan banyak cerita yang tidak betul dan direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berikut merupakan respon dan penjelasan saya mengenai semua peristiwa yang berlaku di atas:
- Ya, saya yang menyekat Facebook, Blog, Email PMIUPM dan Pro Mahasiswa UPM. Mengapa saya berbuat begitu? Perkara utama yang perlu difahami bahawa saya adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan kesemua media di atas. Bukan ingin menunjukkan diri sebagai insan yang “perasan hebat” sebaliknya adalah untuk mengelakkan media ini daripada digunakan oleh sekumpulan “jemaah parasit” yang bergerak secara bersembunyi yang cuba menjatuhkan dan mengusai kepimpinan PMIUPM dan Pro Mahasiswa UPM secara zalim demi kepentingan tertentu. Saya mendapati kumpulan ini cuba untuk membawa fahaman baru yang bersifat radikal dengan menyebarkan fahaman sosialisme sehinggakan merosakkan fikrah, adab dan akhlak di kalangan ahli Jemaah Islam Kampus.
- Berkaitan dengan Facebook milik Hazim Mohd. Noh, saya tidak melakukan sebarang pencerobohan, sebaliknya saya adalah insan yang bertanggungjawab yang menjaga media presiden PMIUPM semasa beliau menjadi Presiden. Segala maklumat password email, facebook dan blog masih belum ditukar walaupun saya sudah bergelar alumni, dan saya masih bebas keluar masuk daripada facebook dan blog beliau untuk membantu sebarang kerja-kerja media. Namun, kesibukan bekerja menyebabkan saya tidak lagi menjadi insan yang aktif dalam kerja media tersebut.
- Apakah isu ini berkaitan dengan serangan dan kritikan beliau terhadap kerajaan PAS negeri Kedah? Saya sudah menjelaskan bahawa isu ini tiada sebarang kaitan dengan kerajaan PAS negeri Kedah. Fitnah ini direka oleh seorang alumni yang bernama Basitah Baharuddin, yang akhirnya disebarkan oleh “jemaah parasit” yang saya maksudkan sebentar tadi. Malahan, Basitah Baharudin juga yang mencadangkan agar isu ini dibawa ke balai polis. Bagaimanakah saya mendapat maklumat ini? Sebagai salah seorang yang masih bergelar “admin” dengan email hazim_islamic@yahoo.com dan password “hazim758” facebook milik Hazim Mohd. Noh saya telah menjumpai sebuah “secret group” yang dinamakan sebagai “Poloon Company”, dan mendapati gerak kerja “jemaah parasit” ini banyak dibincangkan di sini.
Jadi apakah benar saya yang menceroboh facebook milik saudara Mohd. Hazim Mohd Noh? Sebenarnya jawapan isu ini dapat dijelaskan di sini bahawa setelah kumpulan ini mendapati saya bertindak agresif dengan menyekat beberapa media, ini adalah tindakan “jemaah parasit” tersebut untuk mencipta satu lagi cerita baru untuk mengelakkan saya daripada mendedahkan perkara ini di kalangan ahli. Perasan atau tidak, setelah berita yang mendakwa bahawa facebook milik Hazim Mohd Noh di”hack” oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab pada 20 Januari 2012,,
sehari selepas kejadian tersebut, iaitu pada 21 Januari 2012, salah seorang admin beliau mengeluarkan satu lagi status baru telah mendakwa bahawa “Blog dan Facebooknya” telah diperolehi semula.
Satu lagi lakonan yang tidak menjadi! Berikut merupakan mereka yang terlibat dalam group dan gerak kerja ini: 

Usrah:
Pada mulanya group ini dipolopori oleh golongan “muslimat”…. baca sedikit sejarah group ini: 
- Persoalan ke-4, saya tidak menyebarkan sebarang fitnah,saya juga terkejut apabila seorang aktivis mahasiswa membuat komen di status facebook saya yang mendakwah saya telah menyebarkan “fitnah” di kalangan ahli. Demi Allah, saya juga tidak tahu mengenai pelantikan kepimpinan baru, sehingga saya sendiri bertanya apakah yang terjadi. Rupa-rupanya bukan saya seorang saja yang mengetahui perkara ini, malahan ramai di kalangan ahli yang sudah bertindak. Tahniah saya ucapkan
- Apakah saya pemilik nombor 0187778942, dan ada menghantar SMS lucah kepada Mohd. Hazim Mohd Noh seperti yang didakwa dalam blog ini “Klik” Dosa fitnah lebih besar dari membunuh, yang memfitnah “wajib” memberikan bukti.
Saya menuntut agar saudara Mohd. Hazim Mohd Noh untuk tampil dan menjelaskan perkara ini secara terbuka. Saya ingin menjelaskan perkara ini, bahawa saya berada di brunei ketika isu SMS lucah tersebut, dan untuk pengetahuan bukan begini talian antarabangsa dan nombor yang digunakan oleh seluruh rakyat di Brunei Darussalam. 089-8176963 ini adalah nombor B. Mobile milik ayah saya yang saya gunakan ketika berada di Brunei Darussalam. Benar, saya adalah seorang pendosa, yang bodoh lagi hina, namun selagi saya bergelar manusia yang berakal,dan Islam menjadi agama pegangan hidup saya, saya tidak akan melakukan kerja-kerja kotor begini. Sungguh, hati saya benar-benar sakit dan perit menahan pedih fitnah ini.
Sebelum saya mengakhiri penjelasan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua ahli dan aktivis mahasiswa kerana terpaksa menjawab isu ini secara terbuka, kerana ini adalah tuntutan oleh Presiden PMIUPM sehinggakan saya didakwa sebagai orang yang pengecut dan tidak mumaiyyiz. Andai saya melakukan sebarang dosa dan kesalahan terhadap Presiden PMIUPM Mohd. Hazim Mohd. Noh, seorang junior yang saya banggakan sejak dahulu lagi, saya memohon jutaan kemaafan. Pada saya apa yang paling penting adalah kesatuan, pembelajaran, perjuangan, dan keikhlasan. Saya tidak akan memulangkan semua media yang disekat, selagi media ini digunakan untuk mengaut kepentingan perjuangan sesuatu kelompok kecil berbanding majoriti. Sekian dari saya….
Insan bodoh… Mohd. Lukman Al Hakim.


